Friday, November 2, 2007

blog yang ada kaitan dengan kita

klik disini jika ingin melihat blog group b ppgb. abang dan kakak kakak kita di sebelah tu..emm abang ke? kakak ke? bolehlah...abang, kakak tak kisahlah. klik disini

Jawatan Kuasa Group A

Group A ni memang special, setakat ini setiap fasa kita tukar kepimpinan...bermula dari Alias Osman di IAB diikuti oleh Abdullah kemudian Tengku dan di akhiri dengan Zainal. Kemudian semasa di UPSI Abdullah sekali lagi muncul sebagai penghulu...tapi tak aci...sebab dilantik secara autokrasi...kemudian kita lantik Rosli dari perlis..selepas itu Mat Sg Gau muncul mewarnakan kepimpinan GA K5 PPGB. Akhir sekali Shahrin...fasa 5 menyaksikan Gus Dur pula dilantik menjadi Presiden di Republik kita...Gus Dur ni ialah saudara Mohamad Wazer...simple, boleh bergurau, mudah tolak ansur dan inilah kabinetnya. Timbalan Penghulu : Yusof Mohamad, SU Normala, Bendahari : Yati Aziz...JK Kebajikan Jamal and the geng, JK Jamuan dan Hadiah Hj Azmi and the geng dan JK Cetakan Yati Rasul and the Geng. selamat menjalankan tugas anda dan ini adalah khidmat sosial kita kepada ahli. Ahli pula jangan lah menyusahkan AJK, berikan kerjasama dan sama sama kita seronok menjalani kehidupan sebagai siswa di UPSI ini. salam ...admin

rumah yati di ceroboh?

kawan kawan, ada berita kurang baik ..rumah yati kawan kita yang pandai menyanyi tu kena ceroboh...hampir setengah hari dia kena kemas rumah...siapa kah mencerobohnya...seekor kucing jiran telah terkurung dirumahnya selama 5 hari...jadi kucing tu cari jalan keluar...tak jumpa..habis dia lompat sana lompat sini..akhirnya..bila yati balik...dia bukan sahaja menyelamatkan nyawa kucing tu..tetapi dia juga kena buat assingment tambahan...kena kemas rumah...so pastikan semua perkara ini tidak berlaku kepada kita...ambil iktibarnya..untuk yati..sabar ajelah...tak dapek den nak nolongnyo...admin

perkeliling terbaharu masa naik 41 nanti

bila nak posting atau habis belajar nanti bawa perkeliling ni beri kat PPD atau GB atau PT kat tempat anda pekerja...ikut pengalaman aku ramai yang kurang arif...atau tak simpan perkekiling..
ok.bye

Selamat Datang...Welcome..to our blog


Selamat datang ke blog kumpulan kita, PPGB Kohot 5 Kumpulan A....tujuan nya untuk kegunaan bersama, saling menukar berita, nota,tugasan, aplikasi atau gamabr dan sebagainya...bagi kumpulan B juga ini adalah blog anda dan kita semua adalah satu kumpulan cuma terpisah kerana terlalu ramai...untuk adik adik group PPGB kohot 5 (penuh masa) ini juga blog anda dan sama sama lah guna...dengan penuh etika dan saling berkongsi maklumat. Untuk pelayar internet jika singgah di blog kami dan jika ada manafaat yang boleh kita kongsi bersama...silakan...silakan...salam dari admin